Thursday, 22 July 2010

Kempen ABJZ I

ImageIntan Abdullah. Foto Nasir Sudin   

"Kita berasa sangat bersyukur ada kumpulan wanita yang gigih menjalankan usaha murni membantu dan membimbing golongan yang dipinggirkan oleh masyarakat hari ini dalam kebobrokan yang kian mencengkam keselamatan semua," ujar Tan Sri Zaleha Ismail yang berucap merasmikan pelancaran Kempen 'Anda Bijak Jauhi Zina' dalam majlis Makan Malam Amal Raudhatus Sakinah (Mars) anjuran yang diadakan di Dewan Wawasan Convention & Exhibition Centre, Seri Cempaka Service Suites, Menara PGRM Cheras baru-baru ini. Majlis yang dipengerusikan oleh pengacara Akademi Al-Quran, Farah Adeeba menerima sambutan yang sangat memberangsangkan daripada pelbagai pihak terutama dari segi penajaannya.

Namun begitu, ramai yang hadir hampa kerana tetamu diraja yang dinanti-nantikan oleh semua iaitu Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah sebelum ini dijangka hadir sebagai perasmi, dimaklumkan gering oleh pegawai protokol istana. Sementara itu, Penasihat Mars, Prof Madya Dr Harlina Haliza Hj Siraj dalam ucapan aluannya berkata semua pihak hendaklah menggembeleng tenaga secara 'smart partnership'dalam usaha mempromosi usaha nahi mungkar atau mencegah kemungkaran ini. Masyarakat juga ujar beliau, diminta agar memahami definisi sebenar zina bukan sekadar ketelanjuran remaja yang tewas kepada runtunan nafsu syaitan. Dr Harlina yang juga merupakan Ketua Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), berkata melalui kempen ini, ibu bapa juga diseru agar sentiasa prihatin terhadap anak-anak dalam menangani permasalahan gejala sosial. Menurut Pengarah Mars, Rosmawati Zainal, selain pelancaran kempen tersebut Mars diadakan bertujuan untuk menjana dana pembangunan dan pengurusan tiga buah pusat perlindungan yang sedang beroperasi di Kelantan, Selangor, Melaka dan Pulau Pinang.

Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah yang telah beroperasi sejak Ogos 1998 yang dikendalikan oleh Wanita Jim telah membimbing lebih 230 orang remaja. Majlis gilang gemilang tersebut diserikan dengan persembahan penyanyi yang telah berhijrah, Dayangku Intan serta kumpulan Wayfarers.

Di samping itu, penonton juga disajikan dengan persembahan pertunjukan Busana Muslimah yang ditaja oleh Gaya Wawasan Collection, Butik STR Terengganu, Butik Smart and Chic dan Butik Torkuaz. Perasmian Mars telah disempurnakan dengan gimik persembahan multimedia mengisahkan kemelut kehidupan penghuni RS dalam senario keruntuhan akhlak masyarakat pada hari ini. Selain itu, antara maklumat dalam persembahan multimedia yang ditayangkan pada majlis tersebut, ibu yang termuda berusia 11 tahun dengan bapanya berumur 13 tahun di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Majlis yang diadakan ini turut dihadiri oleh selebriti Wardina Safiyyah serta anaknya, Amna yang berjaya mencuri tumpuan penonton dengan gelagatnya. - mks.

Petikan dari Harakahdaily

Monday, 1 February 2010

Kempen ABJZ

Blog ini dilancarkan bagi mengumpul semua pihak yang menyokong usaha kempen Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ). Kempen ini telah dilancarkan oleh Raudhatus Sakinah pada 14 Julai 2007 dan diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.

Sehingga kini, kempen ABJZ ini telah memasuki pelbagai sekolah dan institusi pengajian tinggi awam/swasta. Ini antara usaha Raudhatus Sakinah menyedarkan masyarakat tentang bahaya zina dan gejala sosial yang kian membarah.


Ia selaras dengan Al-Qur'an dalam surah Al-Isra' ayat 32 yang berbunyi:


"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk."


Oleh itu, kami menyeru semua rakyat Malaysia dan seluruh dunia yang prihatin akan kempen ini untuk menyokong serta membantu kami membangunkan ummah!

Saturday, 9 January 2010

PAKEJ PROGRAM ABJZ UNTUK IPT/BELIA








          ABJZ Preview

i)        Kandungan program ini adalah 20% dari  keseluruhan ABJZ.
i)         Pengenalan awal terhadap kepentingan ABJZ terhadap jiwa mahasiswa/ belia.
    iii)   Isi kandungan ABJZ;
a)    Mahasiswa & Cinta.
b)   Sejarah Kita – Proses kejadian manusia dan kelebihan yang ada padanya.
c)    Kesan Seks Bebas (STD) – Kesan pada fizikal, intelek, emosi dan spirituil.
d)   Take Home Message – kata-kata mutiara untuk mahasiwa/ belia bawa pulang.
     iv)  Program ini diadakan di ipt atau dimana sahaja dan tidak bermalam.

Tempoh : 4 jam (tidak termasuk waktu rehat dan perasmian)


         ABJZ Tour

i)        Kandungan program ini adalah 50% dari  keseluruhan ABJZ.
    ii)   Pengenalan awal terhadap kepentingan ABJZ  terhadap jiwa mahasiswa 
          dan belia.
    iii)  Isi kandungan ABJZ;
a)    Mahasiswa & Cinta.
b) Sejarah Kita – Proses kejadian manusia dan kelebihan yang ada padanya.
c) Kesan Seks Bebas (STD) – Kesan pada fizikal, intelek, emosi dan spirituil.
d) ABJZ Workshop – peserta akan melalui bengkel kefahaman dan penghayatan yang lebih mendalam tentang impak negatif zina dan seumpamanya menerusi kajian sains dan Al-Quran dan hadith.
e) Etika Silang Jantina Di Kampus
f) Pendidikan Seks Menurut Perspektif Islam. Adakah Relevan?
    g)  Take Home Message – kata-kata mutiara untuk mahasiswa/ belia bawa pulang.
                   * program tidak bermalam 

Tempoh : 1 hari (tidak termasuk waktu rehat dan perasmian)



   ABJZ Camp

i) Kandungan program ini adalah 100% dari  keseluruhan ABJZ.
i)     Pengenalan awal terhadap kepentingan ABJZ terhadap jiwa mahasiswa/belia.
    iii) Isi kandungan ABJZ;
a)  Mahasiswa & Cinta.
b)  Sejarah Kita – Proses kejadian manusia dan kelebihan potensi yang 
     ada padanya.
a)    Kesan Seks Bebas (Sexuality Transmitted Diseases) – Kesan pada fizikal, intelek, emosi dan spirituil.
d)  ABJZ Workshop ; peserta akan melalui bengkel kefahaman dan 
     penghayatan  yang lebih mendalam tentang impak negatif zina dan 
     seumpamanya menerusi kajian sains dan Al-Quran dan hadith.
               e) Cinta Mujahid Cinta Sebenar – memahami peranan dan tindakan  
                   remaja terhadap diri sendiri menerusi petunjuk Al-Quran dan 
                   Sunnah.
f)  Etika Silang Jantina Di Kampus
g) Muhasabah Diri – pengisian untuk pembinaan keyakinan dan jati 
    diri yang lebih kuat.
h)  Mahasiswa/ Belia ORi bukan Fotokopi – pengisian untuk mahasiswa dan belia  melakukan perbandingan di antara kebaikan dan keburukan. Mampu membuat penilaian diri atas contoh-contoh yang ada seperti artis dsb. Adakah itu contoh tauladan  yang baik?        
 i)  Take Home Message
 j)  Kes Study – Membincangkan gejala seks bebas dan kesannya pada 
     diri, masyarakat, negara.
              k)  Agenda tindakan diri (Total Action) – membawa remaja ke jalan yang 
                   benar untuk melakukan perubahan ke atas diri sendiri dan orang 
                   disekitarnya.
ii)   Program ini dijalankan diluar atau di dalam IPT berdasarkan kepada 
    perbincangan.
* Bermalam bersama dengan fasilitator 

Tempoh : 3 hari 2 malam (tidak termasuk waktu rehat dan perasmian)

PAKEJ PROGRAM ABJZ UNTUK REMAJA SEKOLAH






    ABJZ Preview

i)             Kandungan program ini adalah 20% dari  keseluruhan ABJZ.
    ii)     Pengenalan awal terhadap kepentingan ABJZ terhadap jiwa remaja.
    iii)    Isi kandungan ABJZ;
a)    Remaja & Cinta.
b)   Sejarah Kita – Proses kejadian manusia dan kelebihan yang ada padanya.
c)    Kesan Seks Bebas (STD) – Kesan pada fizikal, intelek, emosi dan spiritual.
d)   Take Home Message – kata-kata mutiara untuk remaja bawa pulang.
     iv)    Program ini diadakan di sekolah dan tidak bermalam.

Tempoh : 4 jam (tidak termasuk waktu rehat & perasmian)





ABJZ Tour


     i) Kandungan program ini adalah 40% dari  keseluruhan  ABJZ.

    ii)  Pengenalan awal terhadap kepentingan ABJZ terhadap jiwa remaja.
    iii) Isi kandungan ABJZ;
a)    Remaja & Cinta.
b)   Sejarah Kita – Proses kejadian manusia dan kelebihan yang ada padanya.
c)    Kesan Seks Bebas (STD) – Kesan pada fizikal, intelek, emosi dan spirituil.
d)   ABJZ Workshop – peserta akan melalui bengkel kefahaman dan penghayatan yang lebih mendalam tentang impak negatif zina dan seumpamanya menerusi kajian sains dan Al-Quran dan hadith.
e)    Take Home Message – kata-kata mutiara untuk remaja bawa pulang.

Tempoh : 1 hari (tidak termasuk waktu rehat & perasmian)





 ABJZ Camp

     i) Kandungan program ini adalah 100% dari  keseluruhan ABJZ.
    ii)  Pengenalan awal terhadap kepentingan ABJZ terhadap jiwa remaja.
    iii) Isi kandungan ABJZ;
a) Remaja & Cinta.
b) Sejarah Kita – Proses kejadian manusia dan 
     kelebihan yang ada padanya.
c) Kesan Seks Bebas (STD) – Kesan pada fizikal, intelek, emosi dan spirituil.
d) ABJZ Workshop – 1) peserta akan melalui bengkel kefahaman dan penghayatan yang lebih mendalam tentang impak negatif zina dan seumpamanya menerusi kajian sains dan Al-Quran dan hadith.
e) Cinta Mujahid Cinta Sebenar – memahami peranan dan tindakan remaja terhadap diri sendiri menerusi petunjuk Al-Quran dan Sunnah.
a)    ABJZ Race! – Aktiviti luar (outdoor) untuk remaja.
b)   Muhasabah Diri – pengisian untuk pembinaan keyakinan dan jati diri yang lebih kuat.
c)    Remaja ORi bukan Fotokopi – pengisian untuk remaja melakukan perbandingan di antara kebaikan dan keburukan. Mampu membuat penilaian diri atas contoh-contoh yang ada seperti artis dsb. Adakah itu contoh tauladan yang baik?
d)   Take Home Message – kata-kata mutiara untuk remaja bawa pulang.
e)    Agenda tindakan diri (Total Action) – membawa remaja ke jalan yang benar untuk melakukan perubahan ke atas diri sendiri dan orang di sekitarnya.
   iv) Program ini dijalankan di luar atau di sekolah berdasarkan kepada perbincangan.  Bermalam bersama dengan fasilitator.


Tempoh : 3 hari 2 malam (tidak termasuk waktu rehat & perasmian)